Sekalung tahniah diucapkan buat MPKK Kampung Terus, Penanti di bawah Parlimen #PermatangPauh yang merangkul anugerah juara MPKK Terbaik Pulau Pinang tahun 2020. Keterlibatan & komitmen MPKK Kampung Terus menerusi Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang semenjak 2018 merupakan antara acara yang melonjakkan nama mereka di peringkat kebangsaan.
Syabas! Semoga peranan dan kecemerlangan MPKK sebagai penghubung dengan masyarakat terus dimaknai bagi menerajui pengurusan komuniti yang mampan ke arah wawasan Penang 2030.
Pautan :
https://www.buletinmutiara.com/kampung-terus-juara-anugerah-mpkk-terbaik-2020/
#DemiPermatangPauh